• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Beri Amaran Terhadap Pihak Gugat Keharmonian Kaum

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini bersabit isu pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

“Berhentikanlah menyebar perkara yang boleh memecah belah keharmonian kaum dan kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteraman awam ini.

“Polis akan memantau keadaan ini. Kita sudah memberi amaran berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat keadaan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Mohd. Zamri kini menerima rawatan selepas diserang menggunakan parang oleh seorang lelaki pesakit mental menyebabkan luka di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari kanan di rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut tengah hari semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Mengulas isu Zakir itu Mazlan berkata, siasatan sedang dijalankan oleh polis dan beliau tidak berhasrat untuk mengulas lanjut perkara itu.

Polis kini telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, kertas siasatan terhadap Zakir dibuka susulan laporan polis daripada pelbagai pihak.

Tags: KaumKeharmonianpendakwah antarabangsaZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

16/01/2020
0

JOHANNESBURG - Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa...

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd