• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Turunkan Unjuran Harga Minyak Mentah Brent

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menetapkan harga minyak mentah Brent yang lebih rendah berbanding AS$66 (RM276.145) setong yang ditetapkan tahun ini bagi tujuan perancangan kumpulan untuk tahun 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, ia berikutan pihaknya menjangkakan industri minyak dan gas global minyak global akan terus mengalami ketidaktentuan sekali gus memberi kesan kepada syarikat berkenaan.

Katanya, harga minyak mentah dunia juga dijangka terus rendah bersandarkan beberapa faktor luaran antaranya ketegangan perdaga­ngan antara Amerika Syarikat dan China, dan ketidaktentuan ekonomi global.

“Bagi dasar perancangan kita, ya kita mahu merancang untuk harga yang lebih rendah,” katanya di sini baru-baru ini.

Harga minyak mentah Brent hari ini didagangkan pada paras AS$59.72 (RM249.77) setong. Minyak mentah mencecah paras te­rendah Disember tahun lalu pada harga AS$50.77 (RM212.34) setong. 

Tambah Wan Zulkiflee, Petronas memperuntukkan kira-kira RM50 bi­lion setahun bagi perbelanjaan mo­dal (capex) kumpulan pada tahun ini.

Katanya, Petronas berusaha sedaya upaya memastikan capex kumpulan berada pada paras berkenaan yang menurutnya adalah bersesuaian dengan situasi O&G negara.

“Alasan kita adalah mudah, Petronas menjalankan projek-projek jangka masa panjang jadi yang lebih penting adalah bagaimana kita melihat permintaan dan harga untuk tempoh berkenaan.

“Kami cuba mengekalkan capex kira-kira RM50 bi­lion ringgit setahun dan ia merangkumi operasi hulu­an, hiliran dan lain-lain perniagaan kumpulan dan biasanya segmen-segmen ini harus memberi keutamaan dan berjuang untuk capex mereka,” katanya.

Tags: harga minyak mentahminyak mentah brentpetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd