• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC, SJKT Diteruskan

oleh
08/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seperti dirancang dengan mengambil kira beberapa langkah penyesuaian yang berkaitan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jemaah menteri dalam keputusannya memaklumkan bahawa pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat.

“Mesyuarat jemaah menteri pada 7 Ogos lalu telah meneliti semua pandangan termasuk yang dibangkitkan di media masa sejak seminggu lalu.

“Jemaah menteri menetapkan supaya pengenalan tulisan khat ini dilakukan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat kreativiti untuk melaksanakannya di bilik darjah masing-masing,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mencapai konsensus bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa hanya pengenalan seni tulisan khat yang akan diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, jemaah menteri juga bersetuju agar pengenalan tulisan khat itu tidak dinilai di dalam sebarang ujian atau peperiksaan.

“KPM berharap agar melalui keputusan yang dibuat Mesyuarat Jemaah Menteri ini, isu pengenalan tulisan khat ini tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

“KPM dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semu pihak demi kebaikan dan manfaat sistem pendidikan negara,” katanya. – Sinar Harian

Tags: KPMSekolah VernakularSJKCSJKTtulisan khat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd