• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Getah Asli Pada Jun Turun 16.9 Peratus

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia pada Jun 2019 merosot 16.9 peratus bulan ke bulan kepada 36,957 tan berbanding 44,479 tan pada Mei 2019.

Jabatan Perangkaan dalam ‘Perangkaan Bulanan Getah Malaysia Jun 2019’ berkata, pengeluaran NR juga turun 10.7 peratus berbanding 41,364 tan dicatatkan pada Jun 2018.

Katanya, jumlah eksport NR Malaysia adalah sebanyak 54,547 tan, turun 4.1 peratus daripada 56,850 tan pada Mei 2019.

China ialah destinasi utama bagi eksport NR dengan 61.3 peratus daripada jumlah eksport pada Jun 2019 diikuti Jerman (9.8 peratus), Amerika Syarikat (3.6 peratus), Iran (3.4 peratus) dan Korea (1.9 peratus).

“Stok getah asli dicatatkan pada Jun 2019 sebanyak 165,596 tan, turun 6.4 peratus daripada 176,972 tan pada Mei 2019,” kata jabatan itu dalam laman webnya hari ini.

Ia juga berkata harga purata Lateks Pekat adalah 496.61 sen sekilogram pada Jun 2019, naik 2.5 peratus manakala harga purata Standard Getah Malaysia 20 (SMR 20) turun 0.3 peratus kepada 623.92 sen sekilogram berbanding harga purata direkodkan pada Mei 2019.

Jumlah penggunaan NR tempatan adalah sebanyak 38,791 tan, merosot 10.9 peratus berbanding 43,529 tan pada Mei 2019.

“NR digunakan secara meluas dalam industri pembuatan sarung tangan dengan penggunaannya sebanyak 28,817 tan atau 74.3 peratus daripada jumlah penggunaan tempatan,” menurut jabatan itu.

Tags: getah aslipengeluaran getah asli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Lancar Petisyen Bantah PSC Tambahan

Next Post

Jokowi Naiki Proton Persona Yang Dipandu Mahathir

Related Posts

Pengeluaran Getah Asli Negara Merosot

Pengeluaran Getah Asli Negara Merosot

08/06/2023
0

PUTRAJAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 13.7 peratus kepada 23,460 tan pada April 2023 daripada 27,188 tan pada Mac 2023,...

Pengeluaran Getah Asli Merosot 21.4% Pada Oktober

09/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluaran getah asli Malaysia pada Oktober 2019 merosot 21.4 peratus kepada 48,549 tan berbanding 61,731 tan pada...

Next Post

Jokowi Naiki Proton Persona Yang Dipandu Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd