• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Bimbang Hutang Negara RM58.1 Bilion Dalam 6 Bulan

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kerajaan sudah meminjam RM58.1 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata angka itu menunjukkan hutang kerajaan persekutuan meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM799.1 bilion sekarang.

Beliau berkata angka BNM juga menunjukkan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan trend menurun pada 2018, kini meningkat 4 peratus daripada 48.7 peratus pada akhir Q1 2018 kepada 52.7 peratus pada akhir Q2 2019.

“Berita tidak gembira ialah peningkatan hutang tempatan, hutang luar negara kita menurun,” katanya, sambil menyatakan nisbah hutang berbanding KDNK meningkat daripada 34.5 peratus pada Q1 2018 kepada 40.1 peratus pada Q2 2019.

Walaupun kutipan cukai jualan dan perkhidmatan melepasi jumlah yang diunjurkan, katanya, hasil yang diperoleh masih jauh rendah berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Harapnya, trend ini (perbelanjaan) adalah jangka pendek. Jika ia berterusan kita akan menghadapi masalah yang serius.

“Nisbah hutang berbanding KDNK masih di bawah 55 peratus, jadi ia boleh diurus, tetapi jika kemelesetan berlaku – dan kita menjangkakan – maka kita harus ingat bahawa KDNK kita untuk 2019 akan jatuh.”

Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus baru-baru ini berkata ekonomi meningkat 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini, dan dijangka terus berada di tahap pertumbuhan yang stabil sepanjang tahun ini, antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus.

Barjoyai berkata ia adalah tidak jelas mengapa perbelanjaan kerajaan begitu tinggi. Beliau berspekulasi ia mungkin disebabkan perbelanjaan Pakatan Harapan dalam memenuhi beberapa janji manifestonya.

“Apa yang paling penting sekarang ialah kerajaan mengawal perbelanjaannya dan mengelakkan lebih banyak pinjaman daripada negara asing.

“Ia mungkin perlu menangguhkan projek-projek besar seperti ECRL, MRT2 atau LRT3, tetapi ini akan memberi kesan kepada ekonomi tempatan kerana tidak ada rangsangan untuk itu.”

Seorang lagi pakar ekonomi, Ali Salman dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, berkata peningkatan hutang awam agak membimbangkan tetapi belum sampai tahap panik.

“Peningkatan dalam tahap hutang tidak akan mengubah pembayaran hutang tahunan dengan ketara, iaitu kira-kira 11 peratus dari jumlah belanjawan,” katanya kepada FMT.

“Sebaliknya, kenaikan 17 peratus dalam hasil kerajaan adalah luar biasa walaupun penarikan balik GST.”

Ali berkata walaupun tiada pecahan pendapatan ke dalam hasil cukai dan bukan cukai diberikan, pertumbuhan itu sendiri menggalakkan.

“Tahap hutang berbanding KDNK meningkat, tetapi ia berada di bawah paras selamat iaitu 55 peratus daripada KDNK.”

Beliau bagaimanapun menggesa Putrajaya membuat perancangan untuk mengimbangi belanjawan dalam tempoh empat tahun akan datang dengan mengurangkan perbelanjaan membazir ke atas entiti dan program yang dikendalikan kerajaan. – FMT

Tags: Bank Negara MalaysiaEkonomihutang negaraKDNKPinjaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Melawat Majlis Ugama Islam Brunei

Next Post

Kemelut Utusan, Jangan Tuduh UMNO Cuci Tangan

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

Next Post

Kemelut Utusan, Jangan Tuduh UMNO Cuci Tangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd