• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Temui Mayat Ketika Misi Mencari Nora Anne

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis mengesahkan penemuan satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan masih sempurna lebih kurang dua kilometer dari lokasi gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, menginap di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat itu jam lebih kurang 1.57 petang.

“Pasukan polis bergegas ke lokasi dan nyata terdapat satu mayat perempuan namun belum dapat disahkan mayat itu milik siapa.

“Ketika ini pasukan Forensik dan Jabatan Patologi sedang membuat pengesahan mayat itu milik Nora Anne Quoirin ataupun sebaliknya,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian petang ini.

Terdahulu, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelihatan bergegas ke lokasi penginapan gadis Ireland yang hilang sejak 4 Ogos, Nora Anne Quoirin, 15 di The Dusun Hill ketika ini selepas polis menjumpai satu mayat.

Turut kelihatan di lokasi, polis memasang garisan kuning yang tertera garisan polis.

Selain polis, pengamal media juga mula mengerumuni lokasi sejak jam 2.30 petang tadi menanti sebarang pengumuman rasmi daripada pihak polis.

Manakala keluarga gadis itu dilihat baru memasuki lokasi menaiki sebuah kereta sekitar jam 4.15 petang. – Sinar Harian

Tags: Irelandkes kehilanganNora Anne Quoirinremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd