• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Tawar Bantuan Cari Kerja Untuk Kakitangan Utusan

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USAHAWAN selebriti Noor Neelofa Mohd Noor terkejut dengan laporan yang mengatakan Utusan Melayu Berhad akan ditutup dan menawarkan bantuan mencari pekerjaan kepada kakitangan yang terlibat.

Beliau berkata Utusan banyak membantu kariernya sejak awal pembabitan awalnya dalam industri hiburan.

“Jadi, saya mahu membalas jasa dan berharap dapat bantu mereka yang memerlukan.

“Kalau korang kenal sesiapa dari HR (sumber manusia) atau mana-mana syarikat yang mencari pekerja, tinggalkan maklumat lanjut di ruangan komen,” tulisnya di Facebook.

Katanya, beliau berharap dengan kerjasama semua pihak, pekerja Utusan dapat dibantu untuk mendapatkan pekerjaan secepat mungkin.

Selain kakitangan Utusan, Neelofa juga memberi peluang kepada mana-mana individu yang sedang mencari pekerjaan mengikuti komen pada kiriman Facebooknya.

Semalam dilaporkan hampir 100 pekerja Utusan mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohd Taufik Razak berkata dalam mesyuarat dengan pihak pengurusan Utusan di Kementerian Sumber Manusia hari ini, Pengerusi Eksekutifnya, Abd Aziz Sheikh Fadzir memaklumkan syarikat itu mungkin ditutup dalam masa beberapa minggu.

“Mereka buat keputusan Utusan memang tidak ada duit bayar gaji untuk yang tertunggak dan pada masa-masa akan datang,” kata Taufik.

Sebelum ini, 769 pekerja Utusan dilaporkan hidup dalam kesukaran sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada Ah Long dan menggadaikan harta. – FMT

Tags: Kosmo!NeelofapekerjaanUtusan MalaysiaUtusan Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

18/10/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum...

11,000 Peroleh Pekerjaan Melalui MySTEP Setakat 15 Mac

31/03/2022
0

KUALA LUMPUR – Program jangka pendek (MySTEP) telah berjaya menempatkan hampir 11,000 pencari kerja dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd