• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Nora Anne Belum Dituntut Keluarga

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mayat Nora Anne Quoirin, 15, yang berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), masih belum dituntut ahli keluarganya setakat jam 8 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzuki Besar yang dihubungi Sinar Harian hari ini.

Malah katanya, pihak polis juga masih tidak dapat memastikan bila keluarga akan menuntut mayat remaja Ireland itu.

“Mayat tidak dituntut lagi, kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Semalam pada sidang media bersama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memaklumkan bahawa keluarga dibenarkan menuntut mayat remaja berusia 15 tahun itu pada bila-bila masa.

Namun, katanya, setakat ini keluarga masih belum membuat sebarang persiapan berkenaan perkara tersebut.

Terdahulu, proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian remaja itu dilakukan pada jam 11.45 pagi hari Khamis dan selesai lebih 10 jam kemudianya.

Proses itu dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik HTJ, Dr. Hanif Mohammad.

Nora Anne disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang, selain akibat tekanan berpanjangan.

Selain itu, hanya terdapat kesan calar kecil pada bahagian kaki mangsa dan mangsa juga dipercayai mati dua sehingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui.

Laporan bedah siasat juga mengesahkan bahawa tiada sebarang kesan dirogol atau elemen dilarikan serta diculik terhadap remaja Ireland itu.

Pada 4 Ogos lalu, gadis malang itu dilaporkan hilang setelah datang ke Malaysia dan bercuti bersama keluarga di resort The Dusun. – Sinar Harian

Tags: IrelandMayatNora Anne Quoirinremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd