• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lori Simen Tak Perasan Seret Kereta

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANDU kereta berdepan detik cemas selepas kenderaannya dilanggar sebelum diseret sebuah lori simen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Kong Yoke Hong, 56, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 4.30 petang itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Axia itu dalam perjalanan ke Puchong.

Menurutnya, selepas melalui persimpangan lampu isyarat di Jalan Klang Lama, mangsa yang berada di lorong kiri dikatakan mengubah haluan ke kanan memasuki lorong lori simen berkenaan.

“Pemandu lori terbabit pula dikatakan tidak perasan seterusnya melanggar bahagian belakang sisi kanan kereta mangsa hingga ia berpusing.

“Kereta berkenaan pula tersangkut pada bahagian depan lori simen berkenaan sebelum ia diseret,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sarifudin, hujan lebat menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak perasan sebelum berasa gegaran pada lorinya.

“Pada mulanya pemandu lori berasakan kenderaan dipandunya melanggar lubang dan meneruskan perjalanan sehingga ada kenderaan lain membunyikan hon.

“Pemandu lori itu kemudiannya memperlahankan kenderaan sebelum perasan sudah melanggar sebuah kereta,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Kejadian itu turut tular selepas satu rakaman video berdurasi 10 saat mengenai kejadian itu tersebar di media sosial. – myMetro Online

Tags: diseretlori simenperodua axia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langgar Lampu Isyarat Merah, Perodua Axia Terbakar Dalam Kemalangan

Langgar Lampu Isyarat Merah, Perodua Axia Terbakar Dalam Kemalangan

26/12/2022
1

SEREMBAN: Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta Perodua Axia terbakar sepenuhnya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lagi kereta di...

Pemandu, Kelindan Maut Lori Simen Terbakar

28/05/2019
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori tangki membawa muatan simen maut apabila kenderaan dinaiki tiga penumpang terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd