• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30,000 Undi Kit Siang Keluar Malaysia

oleh
02/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 32,000 warga maya mengundi mahukan Penasihat DAP, Lim Kit Siang keluar Malaysia, disebalik suara-suara mendesak pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik meninggalkan negara ini.

Undian melalui laman media sosial Facebook itu dilakukan oleh akaun Fakir Ilmu bermula hari ini, yang setakat 8.10 malam tadi telah mengumpul 33,700 pengundi.

Daripada kesemua pengundi yang terlibat, 98 peratus memilih ‘Lim Kit Siang keluar Malaysia’.

“Memandangkan Lim Kit Siang meminta Dr. Zakir Naik keluar secara sukarela dari Malaysia, maka kami di Fakir Ilmu hendak buat undian, siapa hendak Lim Kit Siang keluar dari Malaysia dan Dr. Zakir Naik kekal di Malaysia,” menurut keterangan undian tersebut.

Kemudian, Fakir Ilmu menerusi laman web berkata, walhal tiada langsung jenayah atau salah laku yang dilakukan Dr. Zakir selama (berada) di negara ini.

“Amat menghairankan apabila ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku besar iaitu rogol pula seolah dilindungi oleh ahli politik Malaysia baharu, serta cuba ‘disapu’ di bawah karpet,” dakwa Fakir Ilmu menerusi laman web, www.fakirilmu.com, hari ini.

Jelas laman web itu lagi, di sebalik janji manifesto yang dimungkiri, ekonomi yang cacamarba, kestabilan politik yang semakin merisaukan dan perpaduan rakyat yang semakin retak, nampaknya terdapat satu hal yang sentiasa konsisten diperjuangkan oleh ahli politik kerajaan Malaysia baharu.

“Mereka bermati–matian cuba menghalau serta memburukkan pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik.

”Ini membuatkan kita tertanya–tanya sama ada agenda menghalau Dr. Zakir Naik ini sememangnya ditulis sebagai salah satu janji pilihan raya mereka,” soal laman web itu.

Mengulas mengenai undian yang dijalankan, Fakir Ilmu membangkitkan reaksi sesetengah warga maya yang meminta agar Kit Siang mengemukakan bukti bahawa beliau sememangnya lahir di Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPkeluar malaysiaLim Kit SiangundianZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bertemu Kelab Asia Barat  Suku Akhir Liga Juara-Juara AFC Elit 2025–26

JDT Bertemu Kelab Asia Barat Suku Akhir Liga Juara-Juara AFC Elit 2025–26

25/03/2026
0

JOHOR BAHRU - Debaran makin terasa buat penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila undian suku akhir AFC Champions League Elite...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd