• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Rampas Cecair Nikotin RM1.4 Juta

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu 78 premis menjual rokok elektronik di seluruh negara selepas dikesan menjual cecairnya yang mengandungi bahan kimia nikotin kepada pelajar sekolah.

Hasil serbuan itu, sebanyak 66,988 botol cecair rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta dirampas.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penguatkuasaan oleh KKM itu adalah hasil susulan isu tular pelajar menghisap rokok elektronik atau vape.

Menurutnya, KKM memandang serius isu dibangkitkan oleh badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang tular di media sosial.

“Susulan itu, KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF), Ibu Pejabat KKM bersama Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (Sektor Inspektorat dan Perundangan) melakukan operasi membanteras rokok elektronik di seluruh negara bermula Selasa lalu.

“Tindakan penguatkuasaan dijalankan berkaitan isu pelajar sekolah menghisap rokok elektronik dengan menggunakan peruntukan mengikut Akta Racun 1952 (Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984) iaitu kesalahan menjual cecair atau sebarang persediaan yang mengandungi nikotin sebagai bahan yang tidak didaftarkan sebagai ubat dan Akta Makanan 1983.

“Sebarang persediaan yang mengandungi nikotin adalah racun kumpulan C adalah dikawal mengikut Akta Racun 1952.

“Oleh yang demikian, pembekalan dan penjualan sebarang persediaan yang mengandungi nikotin hanya dibenarkan oleh ahli farmasi yang berlesen dan pengamal perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan,” katanya.

Menurutnya, mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, sebarang persediaan yang mengandungi nikotin perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Katanya, pengilangan, pemilikan dan penjualan produk yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Kesemua kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Pada 20 Julai lalu, Harian Metro mendedahkan aktiviti kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang didapati sudah ketagih menghisap rokok elektronik atau vape.

Kewujudan pelbagai jenis vape bersaiz kecil antaranya berbentuk pen, jam tangan, pemetik api, pemacu pena hingga ada antaranya bersaiz sebesar kotak mancis antara punca vape menjadi kegilaan baru murid serta pelajar sekolah. – myMetro Online

Tags: cecair nikotinCecair VapeKKMrokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd