• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Hanya Berani Kritik Zakir Naik Dari Jauh

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Veteran DAP, Lim Kit Siang dinasihatkan menutup mulut dan jangan hanya berani mengkritik pandangan Dr. Zakir Naik dari jauh.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Kit Siang sepatutnya menerima pelawaan penganjur sebelum ini untuk berada sepentas dengan Dr. Zakir pada program Dr. Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019, Jumaat lalu.

Menurutnya, program berkenaan membuka peluang yang luas kepada Kit Siang untuk menyatakan apa sahaja ketidakpuasan terhadap Dr. Zakir secara berdepan dan matang.

“Saya selaku Pengarah Program Dr. Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019 sudah menyediakan kerusi bersama pimpinan jemputan lain. Lama menunggu tapi tidak kunjung tiba.

“Jadi, janganlah hanya berani bercakap dari jauh. Alangkah baiknya jika apa yang dikemukakan ini dilontarkan terus kepada beliau. Apa yang mahu ditakutkan Yang Berhormat,” katanya.

Kit Siang dalam satu kenyataan berpendapat, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap kenyataan dikeluarkan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir di Kelantan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa Dr. Zakir mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat India di Malaysia apabila membandingkan nasib diterima penganut Hindu di Malaysia dengan umat Islam di India.

Terdahulu, Che Abdullah yang Ahli Parlimen Tumpat secara terbuka menerusi ceramahnya turut mengajak Kit Siang untuk menghadiri program bersama Dr. Zakir di Kelantan dan surat jemputan rasmi sudah diberikan menerusi DAP Kelantan.

Tags: DAPKelantanLim Kit SiangZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd