• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85 Peratus Siap

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap, menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Prototaip kereta terbang itu menurut beliau, sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.

“Saya akan ke Jepun pada September untuk menghadiri Persidangan Penerbangan dan saya berharap dapat melihat kereta (terbang) yang hampir siap yang kami akan bawa pulang ke tanah air pada akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan PKS 2019 di sini, hari ini.

Pihak kementerian, katanya, sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian yang terlibat dalam sektor penerbangan untuk mewujudkan ruang udara yang sesuai untuk kereta terbang di Malaysia, serupa dengan usaha dilakukan di beberapa negara lain, untuk melengkapi kemahiran usahawan tempatan bagi membangunkan kereta terbang.

“Kereta terbang adalah inisiatif swasta. Kami tidak mengawal mereka (pelabur) mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi kami perlu mewujudkan industri (kereta terbang) di Malaysia,” katanya.

Berhubung sama ada kereta terbang pertama negara akan dilancarkan pada akhir tahun, Mohd. Redzuan berkata, ia akan bergantung pada ekosistem Malaysia untuk kereta terbang, khususnya dari segi ketersediaan untuk terbang pada waktu itu.

Persidangan Kepemimpinan PKS 2019 selama sehari itu dianjurkan ATCEN Sdn. Bhd., dan menyasarkan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ketua pegawai eksekutif, pengurus besar, pengurus kanan dan eksekutif daripada pelbagai industri.

Menurut penganjur, hampir 450 perwakilan akan dapat menimba ilmu daripada pakar industri, amalan terbaik mereka, cadangan penyelesaian dan mendapat pendedahan terhadap model perniagaan lebih baik sebagai sebahagian transformasi kepemimpinan.

Tags: jepunkereta terbangRedzuan Md Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd