• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Ada Bajet Laksana Program Sarapan Percuma

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Kerajaan mempunyai bajet untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun depan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan boleh menggunakan dana disatukan daripada pelbagai kementerian dan agensi untuk pelaksanaan program PSP yang akan memanfaatkan murid sekolah rendah kerajaan serta bantuan kerajaan.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk pelaksanaan program PSP termasuk dengan menggunakan kutipan cukai gula, Dr. Mahathir berkata semua cadangan akan diperhalusi.

“Semua cukai dikutip akan diagihkan kepada kementerian dan agensi mengikut keperluan. Kalau ada keperluan untuk peruntukan tambahan, kita akan pertimbangkan, kalau kita mampu , kita akan bagi.

“Tetapi kita harus ingat kerajaan terdahulu meninggalkan banyak hutang dan kerajaan kini kena bayar (hutang),” katanya kepada pemberita Malaysia sebelum mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam di sini hari ini.

Ditanya menu yang sesuai untuk sarapan murid, Dr Mahathir berkata banyak menu sihat yang sesuai untuk program PSP.

Isnin lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Media melaporkan kerajaan dijangka perlu membelanjakan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setahun, bergantung kepada menu sajian PSP.

Sementara itu, dalam akaun Facebook dan Twitter, Maszlee berkata kementerian masih meneliti kos bersesuaian bagi pelaksanaan PSP.

Sebuah jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi membincang secara terperinci peruntukan yang bakal digunakan, termasuk penggunaan dana daripada cukai gula.

Tags: BajetMahathir MohamadProgram Sarapan Percuma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Berperanan Tukar TIA Kepada 1MDB

Next Post

Felda Lantik Peneroka Jadi Ahli Lembaga Pengarah

Related Posts

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu Pun Tak Dapat’ – Veteran ATM

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu Pun Tak Dapat’ – Veteran ATM

09/10/2022
0

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mior Rosli Mior Mohd Jaafar melihat Belanjawan 2023 seakan tidak memihak golongan pesara...

Tokoh PH Jangka Parlimen Bubar Sebelum Bajet Jumaat Ini

Tokoh PH Jangka Parlimen Bubar Sebelum Bajet Jumaat Ini

04/10/2022
0

Tokoh-tokoh Pakatan Harapan (PH) menjangkakan pilihan raya akan dibubarkan minggu ini, sebelum kerajaan membentangkan belanjawan 2023. Ikuti Mynewshub: Telegram Naib Presiden...

Next Post

Felda Lantik Peneroka Jadi Ahli Lembaga Pengarah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd