• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ke Taiwan Dengan Semuanya Ditanggung Halal

oleh
29/08/2019
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ingin melancong ke Taiwan tetapi runsing mengenai soal makanan dan aspek halal haram?

Bimbang mungkin sukar untuk beribadah? Tidak tahu di mana hendak mencari masjid?

Cukup, jangan risau lagi.

Semua itu bukannya masalah andai anda memilih untuk melancong ke Taiwan bersama Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.

Five Estec merupakan agensi lesen penuh Kementerian Pelancongan yang dimiliki oleh pengusaha bumiputra dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri pengembaraan beserta kepakaran tinggi mengurus aspek berkaitan syariah ketika melancong.

Pengarah Urusannya, Sharizan Mohd Saad berkata, pihaknya amat menitik beratkan aspek keislaman agar para pelancong di bawah kendaliannya merasai pengalaman yang akan sentiasa menjadi kenangan indah.

“Salah satu masalah melancong ke Taiwan pada masa lalu adalah makanan halal yang merunsingkan pelancong sehingga ada yang sanggup sekadar makan mee segera selama berhari-hari,” katanya kepada Mynewshub di sini baru-baru ini.

Five Estec katanya akan memastikan anda hanya dihidang makanan halal di restoran halal yang disahkan Persatuan Cina Muslim di Taiwan.

“Hotel di bawah pakej kami juga dipastikan bersifat mesra muslim,” katanya.

Tambah beliau, kesungguhan Taiwan dalam mengalukan kedatangan pelancong Muslim agak jelas sejak kebelakangan ini.

“Bayangkan, setiap stesen MRT dari Taipei ke Taichung memiliki kemudahan surau untuk pelancong muslim, sesuatu yang mungkin tidak terlintas di pemikiran kita bila membayangkan Taiwan,” katanya.

Malah di lokasi pelancongan seperti di Sun Moon Lake, turut disediakan kemudahan surau, jelasnya.

“Yakinlah pengalaman anda di Taiwan akan menjadi pengalaman yang indah dan dikenang selamanya tanpa ada sebarang kerisauan berhubung aspek hukum-hakam Islam,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi nombor 03- 9100 2101 atau telefon bimbit 012- 691 2857.

Anda juga boleh melawati tapak pameran Five Estec di Hall 1, Taiwan Pavilion sempena Matta Fair yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 September ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Jangan lepaskan peluang mendapat hadiah-hadiah sampingan yang menarik jika mendaftar untuk melancong ke Taiwan dengan Five Estec di Matta (nombor booth 1413 – 1432) pada tarikh berkenaan.

Antara hadiah yang bakal diberikan ialah beg galas yang cantik dan berkualiti.

Selain itu, sesiapa sahaja yang mengambil mana-mana pakej pelancongan ke Taiwan, akan menerima sebuah bekas makanan (lunch box).

Bagi pelanggan yang mengambil pakej ground bernilai RM800 dan ke atas, anda juga akan menerima sebuah kipas USB mudah alih.

Pelanggan muslim pula akan menerima tambahan pek makanan dan sejadah.

Begitu banyak sekali hadiah menanti untuk yang mahu melancong ke Taiwan, ayuh ke Heart Of Asia. – Mynewshub.TV

Tags: Five Estec Travels ServicesHalalMelancongMuslimtaiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

09/01/2025
0

TAIPEI : Taiwan dan China saling tuduh menuduh berhubung kerosakan kabel komunikasi dasar laut di luar pantai pulau itu, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd