• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaitkan Minyak Sawit Dengan Penebangan Hutan Tak Berasas

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengaitkan minyak sawit dengan penebangan hutan adalah tidak berasas sama sekali, tidak adil dan tiada justifikasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

“Malaysia telah dituduh meletakkan keperluan kepada pembangunan di hadapan keperluan untuk menjaga hutan dan isu penebangan hutan untuk penghasilan minyak sawit adalah isu yang seringkali diperjuangkan oleh para pengkritik kita,” kata beliau.

Beliau berkata, dakwaan-dakwaan itu memberi impak negatif kepada Malaysia yang sangat bergantung kepada minyak sawit untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat untuk membolehkan Malaysia mencapai Matlamat-matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“Ia juga mempunyai kesan buruk yang besar kepada pengusaha tanaman kelapa sawit termasuk 650,000 pekebun kecil selain seramai 1.5 juta orang lagi yang bekerja dalam rantaian bekalan minyak sawit.

“Hakikatnya ialah industri minyak sawit di Malaysia telah dibangunkan secara mampan dan bertanggungjawab, kerajaan, dalam mematuhi SDG telah melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan industri itu tidak menyebabkan kemerosotan alam sekitar selain mengelakkan amalan-amalan yang tidak mampan seperti kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar,” katanya semasa berucap merasmikan pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tags: Mahathir Mohamadminyak sawitpenebangan hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd