• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar PSC Antarabangsa Klia2, Lapangan Terbang Lain Turun

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan lapangan terbang lain kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikurangkan kepada RM50 daripada RM73 bermula 1 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.

Anthony berkata, kadar PSC di KLIA juga kekal iaitu RM73 bagi penerbangan antarabangsa, ASEAN (RM35) dan domestik (RM11), memandangkan ia adalah lapangan terbang premium.

“Bagi penumpang-penumpang yang telah membuat pembayaran PSC dan akan membuat penerbangan mulai tarikh (1 Oktober), tuntutan bayaran balik boleh dibuat daripada syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan-lapangan terbang seluruh negara,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia sebelum ini melancarkan petisyen bagi membantah caj tambahan sebanyak RM23 untuk penumpang yang melakukan perjalanan ke destinasi bukan ASEAN daripada RM50 kepada RM73 seorang.

AirAsia dalam petisyen berkenaan berkata pihaknya membantah caj yang dikenakan berikutan klia2 direka dan dikendalikan sebagai terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) dan penumpang tidak perlu membayar PSC yang sama seperti di terminal KLIA yang lebih lengkap dan mewah.

Anthony berkata, Kabinet yang bermesyuarat semalam membuat keputusan menurunkan kadar PSC itu bagi mengimbangi pengenaan levi pelepasan yang dijangka dikuatkuasakan pada 1 September ini kepada penumpang yang berlepas dari Malaysia serta menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan negara.

“Kita mendengar banyak pandangan khususnya daripada syarikat penerbangan dan industri pelancongan bagaimana kerajaan dapat membantu untuk mengimbangi pengenaan cukai ini (levi pelepasan),” katanya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan menjalankan kajian bagi menentukan kadar PSC di semua lapangan terbang mengikut kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada penumpang berbanding kadar rata bagi semua lapangan terbang yang dilaksanakan ketika ini.

“Kami melihat situasi yang mana akan ada kadar berbeza untuk berlainan lapangan terbang berdasarkan kemudahan disediakan di lapangan terbang itu.

“Ia akan memberi rangka kerja kepada operator lapangan terbang untuk mengenakan caj berbeza dan kami akan melihat caj itu berdasarkan pelaburan yang mereka lakukan,” katanya.

Anthony berkata, kerajaan pada masa sama akan terus menerokai beberapa model kewangan seperti pengenaan Regulated Assets Based (RAB) serta model-model pembiayaan yang lain dari semasa ke semasa bagi pembiayaan projek-projek pembangunan lapangan terbang.

Tags: caj perkhidmatan penumpangKLIA2lapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd