• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Layan Lynas Sebagai Orang Terbuang – Mahathir

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lynas Malaysia Sdn. Bhd., syarikat perlombongan nadir bumi, tidak wajar dilayan sebagai orang terbuang memandangkan ia membawa pelaburan besar serta pekerjaan, kata Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ia merupakan pelaburan besar, RM1.7 bilion. Ia mewujudkan 700 pekerjaan berkualiti tinggi, pekerjaan yang membayar upah yang tinggi. Ia perlu untuk pelaburan kita.

“Jika anda layan Lynas seperti orang asing dan meminta mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan dapat menarik orang lain untuk melabur di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Pelancongan Dunia 2019 yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi, di sini hari ini.

Mahathir ditanya mengenai dakwaan oleh pengkritik syarikat pelombong nadir bumi itu bahawa lesen syarikat berkenaan diperbaharui kerana hubungan eratnya dengan kerajaan Jepun.

Dalam jawapan ringkasnya, beliau berkata “Ia tidak ada hubungan dengan Jepun.”

Laporan sebelum ini menyebut bahawa kerajaan membaharu lesen operasi Lynas yang akan tamat tempoh bulan depan, kepada enam bulan, dengan syarat mencari tapak pelupusan kekal untuk residu penulenan air (WLP) yang dihasilkan.

Pelanjutan sehingga 2030 untuk membayar balik US$147 juta (RM620 juta) akan membantu Lynas mematuhi pelan pengembangan 2025nya.

Pada Ahad, satu perhimpunan diadakan untuk menentang pelanjutan lesen operasi loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas).

Tags: lynas malaysiaMahathir Mohamadnadir bumipelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Luluskan Lesen Baharu Operasi Lynas Sehingga 2036 

Kerajaan Luluskan Lesen Baharu Operasi Lynas Sehingga 2036 

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan pembaharuan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. untuk tempoh...

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd