• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Campak, Ada Bom Di Dalam!!”

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kotak yang pada mulanya dipercayai mengandungi bom, telah diletupkan oleh polis di kargo Lapangan Terbang Miri malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata kotak itu diletupkan demi keselamatan kerana tulisan di luar kotak itu tertera perkataan “Jangan Campak!! Ada bom di dalam!!”.

Lim berkata polis dimaklumkan mengenai ancaman bom itu selepas menerima maklumat daripada anggota polis bantuan Lapangan Terbang Miri pada 9.20 malam tadi.

“Siasatan mendapati kotak tersebut tiba di Lapangan Terbang Miri dari Kuala Lumpur pada 7.23 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini sambil memyatakan Unit Bom, Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri telah dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, kandungan di dalam kotak tersebut hanya alat gantian motosikal sahaja.

Beliau memberi amaran kepada orang awam supaya jangan menulis perkataan berunsur ugutan semasa menghantar bungkusan kerana ia satu kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta mahu syarikat penerbangan meningkatkan tahap keselamatan dengan memeriksa bungkusan yang dihantar terutama tulisan di luar bungkusan.

Tags: ancaman bom palsuBungkusankotakugutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jokowi Naiki Proton Persona Yang Dipandu Mahathir

Next Post

Semua Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Arafah Malam Ini

Related Posts

‘Saya Ingat Anak Kucing, Rupanya Ada Bayi Dalam Kotak’ – Peniaga

‘Saya Ingat Anak Kucing, Rupanya Ada Bayi Dalam Kotak’ – Peniaga

17/12/2024
0

Batu Pahat: Seorang peniaga mengakui badannya menggigil sebaik menyedari kotak yang ditemui di atas rak lauk di gerai miliknya sebenarnya...

Lebih 5,000 Berhimpun Depan Kedutaan AS, Desak Israel Lakukan Gencatan Senjata

Dua Lelaki Ditahan Dipercayai Ugut Perdana Menteri, Ayob Khan

28/10/2023
0

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki yang memuat naik kenyataan disyaki berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Ketua...

Next Post

Semua Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Arafah Malam Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd