• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Mahu Naik Duti Import Minyak Sawit Bertapis Malaysia

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI- Kementerian Perdagangan India telah menyarankan supaya duti import minyak sawit bertapis dari Malaysia dinaikkan atas alasan sebagai respon terhadap permintaan pihak penapis tempatan.

Apabila keputusan itu diluluskan oleh Kementerian Kewangan, perbezaan duti import ke atas minyak sawit mentah dan bertapis Malaysia adalah sebanyak 10 peratus tanpa mengambil kira asal produk tersebut, kata sebuah badan industri terbabit yang turut menyambut baik langkah berkenaan pada Isnin.

India membeli hasil minyak sawit khususnya dari Malaysia dan Indonesia.

Pada awal tahun ini, India bertindak mengurangkan duti import minyak sawit mentah (MSM) kepada 40 peratus daripada 44 peratus manakala bagi minyak sawit bertapis, duti itu dikurangkan kepada 50 peratus berbanding 54 peratus.

Bagaimanapun, cukai import olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dari Malaysia telah dikurangkan daripada 54 peratus kepada 45 peratus sejajar dengan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) Malaysia-India.

Ini menjadikan minyak sawit Malaysia dilihat lebih menarik bagi kalangan pengimport India dengan import RNA olein sawit meningkat daripada 130,459 tan metrik pada Disember kepada 264,718 tan pada Januari.

Presiden Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), Atul Chaturvedi berkata, kapasiti penggunaan industri penapisan minyak sawit India juga merosot ‘ke tahap amat rendah’ berikutan konsesi duti yang diberikan kepada Malaysia di bawah perjanjian perdagangan dua hala itu.

Persatuan itu kemudiannya bertindak melobi kerajaan India agar menarik balik konsesi itu yang disusuli dengan semakan ke atas isu itu oleh pihak Direktorat Perundangan Perdagangan (DGTR) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan India.

SEA berkata, keputusan DGTR untuk mengenakan semula perbezaan duti terhadap minyak sawit bertapis setakat akhir tahun lepas juga disifatkan dapat memulihkan semula industri penapisan minyak sawit berkenaan.

Tags: duti importIndiaminyak sawitminyak sawit bertapis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd