• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Harga Pengguna Julai Naik 1.4 Peratus

oleh
14/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.4 peratus pada Julai 2019 kepada 121.5 berbanding 119.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.3%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.4%), Minuman Alkohol & Tembakau (2.3%) dan Komunikasi (2.1%).

Bagi perbandingan bulanan, IHP menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan Jun 2019. Ia telah disokong terutamanya oleh Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.3%), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (0.2%) dan Pengangkutan (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari – Julai 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol menunjukkan peningkatan 2.4 peratus pada Julai 2019 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan ini didorong oleh kenaikan subkumpulan Sayur-sayuran (4.7%), Susu & Telur (2.6%) dan Buah-buahan (2.5%).

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah Cili Merah (21.8%), Cili Hijau (16.3%), Kobis Bulat (15.1%), Kerang (14.6%), Salad Bulat (14.4%), Yoghurt (13.9%), dan Cili Burung (12.7%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 4.4 peratus pada Julai 2019 berbanding Julai 2018. Kenaikan harga bagi Burger, Ayam Goreng, Pizza dan Makanan Laut selain Ikan telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini.

Menurutnya, empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.2%), Pulau Pinang (2.1%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.7%) dan Johor (1.5%) menunjukkan kenaikan melepasi paras nasional IHP sebanyak 1.4 peratus pada Julai 2019 berbanding Julai 2018. Sementara itu, Negeri Sembilan dan Perak menunjukkan kenaikan pada paras yang sama dengan IHP nasional.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol.

Kenaikan tertinggi telah direkodkan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.4%), Pulau Pinang (3.0%), Johor (2.7%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6%) dan kenaikannya melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan Julai 2019.

Indeks teras juga meningkat 2.0 peratus pada Julai 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.3%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (3.1%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.4%) dan Komunikasi (2.1%).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

Tags: EkonomiIndeks Harga Pengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd