• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang RM58 Bilion Mahu Tampung Komitmen Kerajaan

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tambahan hutang sebanyak RM58.05 bilion yang dibuat oleh kerajaan pada separuh pertama tahun ini adalah bagi menampung komitmen kerajaan persekutuan.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, situasi tersebut berlaku adalah disebabkan komitmen sedia ada yang dibuat kerajaan sebelum ini.

“Ia adalah untuk menunaikan komitmen (hutang) sedia ada dan telah dibuat sebelum ini.

“Dari segi peratusan, jumlah komitmen keseluruhan termasuk jaminan kerajaan dan tanggungan kecemasan, kerajaan berjaya mengurangkannya kepada 75 peratus berbanding 80 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kerajaan juga masih perlu membayar hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Semasa pentadbiran dahulu, semua fakta ini telah disorok tetapi kerajaan baharu mahukan ketelusan. Jadi, kami dedahkan semua tanggungan kami,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Good Shop oleh Yayasan AirAsia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan banyak pihak terhadap hutang tambahan itu, Guan Eng menjawab, perkara tersebut tidak diterjemahkan oleh agensi-agensi penarafan asing yang masih memberikan penarafan positif kepada Malaysia.

“Saya berpendapat prestasi ekonomi Malaysia setakat ini masih baik, bukan sahaja ia berkembang melebihi jangkaan tetapi para pelabur juga terus datang ke negara ini.

“Agensi-agensi penarafan antarabangsa juga mengekalkan penarafan positif kepada Malaysia,” tambahnya.

Baru-baru ini, seorang pakar ekonomi menggesa kerajaan supaya memperlahankan perbelanjaan susulan data yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia menunjukkan kerajaan baharu telah membuat pinjaman sebanyak RM58.1 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai khabar angin berlakunya rombakan Kabinet tidak lama lagi, Guan Eng berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Lebih baik soalan ini ditujukan kepada Perdana Menteri, saya tidak mahu perkara ini disalah tafsir.

“Rombakan Kabinet bukan kuasa menteri-menteri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: hutang negaraLim Guan Engpakatan harapanPinjaman Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd