• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Musuhi Zakir Naik, Pesan Mufti Pulau Pinang

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Golongan yang memandang serong terhadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik perlu berhenti menuduh beliau sebagai ekstremis, penyebar fitnah serta sebagainya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Zakir sebenarnya seorang yang amat terbuka dan sanggup berdialog dengan sesiapa sahaja secara ilmiah serta rasional.

Menurutnya, dengan penguasaan beliau yang hebat dalam bidang ilmu perbandingan agama dan kecekapannya berhujah dengan amat cemerlang untuk menyokong kebenaran Islam menyebabkan beliau dimusuhi mereka yang tidak mampu berdepan dengannya.

“Semua pihak mesti berbaik sangka terhadap usaha dakwah yang bertujuan memberi pencerahan mengenai prinsip-prinsip akidah (kepercayaan) dan amalan yang terkandung dalam ajaran agama Islam di samping berusaha menyingkirkan perasaan fobia atau prasangka terhadapnya.

“Kita juga perlu tahu bahawa Islam tidak memaksa sesiapa pun untuk menerima ajarannya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Dr. Wan Salim berkata, sesiapa yang mengkaji agama ini tahu tanpa keraguan bahawa salah satu prinsip yang dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis adalah tiada paksaan dalam menganut agama ini.

Katanya, cuma satu perkara yang perlu diketahui semua orang adalah menyeru manusia kepada agama Islam adalah diwajibkan ke atas umat Islam.

“Ini disebabkan keyakinan bahawa Islam adalah agama yang sebenar datangnya daripada ALLAH SWT yang mencipta manusia dan seluruh alam semesta.

“Ini bukan keyakinan kosong yang lahir daripada perasaan taksub membabi buta, tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah dan saintifik yang kuat, di samping bersandar kepada teks agama (Islam) yang tiada keraguan lagi tentang kesahihannya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mufti Pulau Pinangpendakwah antarabangsawan salim wan mohd noorZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

16/01/2020
0

JOHANNESBURG - Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa...

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd