• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Seni Tulisan Khat Diperkenalkan Tahun Depan

oleh
07/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbincangan antara 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada Selasa mencapai konsensus bahawa hanya pengenalan seni tulisan khat yang akan diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun hadapan.

“Tulisan khat sahaja dan bukan pembelajaran jawi. Itu saya rasa kita boleh beri gambaran jelas. Kita telah mencapai konsensus mengenai perkara itu.

“Kita tidak mempunyai sebarang keraguan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas sesi perbincangan lebih sejam yang berlangsung di pejabatnya di sini pada Selasa.

Teo berkata turut dipersetujui dalam perbincangan itu ialah murid yang mempelajari pengenalan seni tulisan khat itu tidak diuji dalam peperiksaan.

“Ini adalah pendirian daripada NGO dan kami KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) memang bersetuju,” katanya lagi.

Sebelum ini, Teo mengumumkan pengenalan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks (Bahasa Melayu) di semua sekolah dalam negara termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Keputusan tersebut turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun hadapan.

Selain itu, Teo berkata KPM juga komited untuk menambah baik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

“Apabila KPM buat semakan dan tambah baik DSKP, kami akan adakan libat urus bersama NGO-NGO lagi supaya semua hasrat KPM boleh dicapai dan tidak menjadi ada apa-apa isu,” katanya.

Beliau berkata bagi pihak KPM, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang taruh yang telah memberi pandangan masing-masing dan membantu kementerian untuk menyediakan kurikulum lebih baik yang dapat membawa manfaat besar kepada murid.

“KPM akan terus membuat lebih banyak libat urus untuk kepentingan murid,” tambah beliau.

Antara 12 NGO yang menghadiri perbincangan pada Selasa ialah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia dan Tamil Foundation.

Tags: KPMTeo Nie Chingtulisan Jawitulisan khat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

18/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd