• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Menteri DAP Tindas Rakyat Luar Bandar

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) amat terkilan dan kecewa dengan kenyataan YB Menteri Industri Utama, Teresa Kok, yang secara jelas mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.

2. Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bagi membantu pekebun kecil melakukan penanaman semula. Mereka yang layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK berkenaan. Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan dua skim pinjaman iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS).

3. Persoalannya sekarang, bagaimanakah pekebun kecil mampu meneruskan mata pencarian mereka jika terpaksa membayar balik pinjaman bersama kadar faedah 4% ketika harga komoditi jatuh merudum teruk? Hampir setahun setengah memegang jawatan Menteri, rakyat tidak nampak usaha berkesan Menteri untuk meningkatkan harga komoditi. Yang ada hanyalah “kempen minum satu sudu minyak sawit”, dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada peningkatan harga komoditi.

4. Pengumuman seperti ini secara terang-terangan menindas rakyat Malaysia yang menetap di luar bandar. Secara amnya, penduduk di luar bandar adalah golongan yang terlibat dalam sektor pertanian. Adakah pengumuman ini dilihat sebagai “hukuman” kepada majoriti penduduk luar bandar seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis yang menolak DAP dan Pakatan Harapan pada PRU-14? Keputusan PRU-14 menyaksikan negeri majoriti Melayu adalah di luar bandar dan mereka menolak Pakatan Harapan dan DAP. Rakyat Kelantan contohnya menolak 100% calon Pakatan Harapan ketika PRU-14. Calon gergasi mereka, seperti Husam Musa pun tumbang ketika pilihanraya.

5. Teresa Kok menyatakan bahawa skim itu dilihat hanya memberikan kelebihan kepada satu pihak sebelum ini dan tidak membabitkan keseluruhan termasuk pekebun tersusun di Felda dan Felcra. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa Teresa Kok menyatakan dengan lebih lanjut pihak manakah yang dimaksudkan oleh beliau? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mencadangkan agar skim tersebut diteruskan dan diperluaskan kepada pekebun tersusun di Felda dan Felcra. Jika pekebun kecil lain tidak mendapat skim ini, mereka akan terus tertekan dan hilang punca pendapatan. Dasar Menteri DAP seperti “Harapkan pegar, Pegar makan padi”. Selamatkan rakyat luar bandar!

Selamatkan Kembali Malaysia!

#SelamatkanKembaliMalaysia #SaveMalaysiaAgain #PemudaMemimpin

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Naib Pengerusi IKATAN Kelantan
Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: DAPFelcraFeldaParti IKATAN Bangsa MalaysiaPekebun KecilTeresa Kok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bursa Malaysia Jatuh Di Bawah 1,600 Mata

Next Post

SRC: Saksi Ditempelak Kerana Cuba ‘Melindungi’ Jho Low

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

SRC: Saksi Ditempelak Kerana Cuba ‘Melindungi’ Jho Low

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd