• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Jatuh Di Bawah 1,600 Mata

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini ketika ekuiti tempatan terus dijejaskan oleh perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjutan.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 18.37 mata kepada 1,592.04 selepas dibuka susut 17.57 mata kepada 1,592.84.

Secara keseluruhannya, sentimen pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 550 berbanding 32 manakala 125 kaunter tidak berubah, 1,180 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 307.2 juta unit bernilai RM157.84 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn. Bhd. mengunjurkan saham di Bursa Malaysia akan terus susut dalam masa terdekat ini berikutan ketidaktentuan pasaran yang berlanjutan.

Firma penyelidikan itu juga bimbang pertikaian dagangan AS-China itu akan hanya memanjangkan sentimen pasaran yang berhati-hati dan menyebabkan lebih banyak penggiat pasaran memilih berada di luar sehingga mendapat petunjuk baharu hala tuju yang jelas.

Ia menjangkakan sokongan seterusnya pada 1,590 tahap manakala rintangan dalam lingkungan 1,620 dan 1,630.

Pada Isnin, China bertindak membalas ancaman Presiden AS, Donald Trump untuk mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas baki import China dengan menurunkan nilai yuan China, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa Beijing sengaja berbuat demikian bagi menangani ugutan terbaru Trump.

Tags: Amerika Syarikatbursa malaysiaChinafbm klci
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd