• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Bas Mini Merah Jambu – Rapid KL

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bas mini yang akan diperkenalkan semula di ibu negara bukan seperti bas-bas mini merah jambu yang warga kota lazim dengannya 25 tahun yang lepas, yang padat dan tidak berhawa dingin.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Muhammad Yazurin Sallij berkata tempoh percubaan dari 1 September hingga 29 November itu di Route T300 akan menggunakan bas mini baru bersaiz lapan meter panjang, lengkap dengan penghawa dingin dan bukan bas-bas lama seperti yang viral sejak Rabu.

Bas berkapasiti 27 tempat duduk penumpang itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan antara 15 minit dan 20 minit dalam laluan percubaan itu antara Hab Bukit Indah ke Ampang Point selain dapat meningkatkan kekerapan perjalanan kepada 15 kali sehari, katanya kepada pemberita pada sesi taklimat dan previu mengenai percubaan perkhidmatan bas mini Rapid KL di sini, pada Khamis.

“Sekarang, yang digunakan adalah bas bersaiz besar dan susah untuk sampai ke kawasan berpenduduk padat dan berlaluan sempit seperti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kerap kali kita terlewat daripada jadual kerana masalah kereta yang diparkir di tepi jalan.

“Dengan bas mini ini, kita harap dapat meningkat dan memperbaiki perkhidmatan di kawasan-kawasan itu selepas semua data dikumpul sepanjang tiga bulan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, selain faktor penjimatan masa, Rapid KL juga akan menilai penjimatan terhadap kos penyelenggaraan dan penggunaan bahan api dengan menggunakan bas mini itu berbanding bas yang berkapasiti lebih besar.

“Setakat ini, bas di bawah kendalian Rapid KL adalah bersaiz 12m panjang bagi bas dua tingkat dan satu tingkat serta 10m panjang bagi bas perantara ke stesen MRT,” katanya.

Sepanjang tempoh percubaan itu, Muhammad Yazurin menjelaskan tiada perubahan ke atas sistem dan kadar tambang serta hentian bas dengan kadar tambang dikekalkan sebanyak 80 sen secara pembayaran elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad My50 dan My100.

“Kami mengalu-alukan maklum balas daripada pengguna sepanjang tempoh perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau menghantar e-mel kepada suggest@rapidkl.com.my,” katanya.

Tags: bas miniRapid KLviral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad Sabil: Kembali Kepada Semangat ‘Tolong Orang’

Next Post

3 Bekas Tentera Kongsi Pengalaman Melawan Komunis

Related Posts

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

04/06/2023
0

SHAH ALAM : Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pagi ini. Ikuti...

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Next Post

3 Bekas Tentera Kongsi Pengalaman Melawan Komunis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd