• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BSH Fasa Ketiga Dibayar Rabu Ini

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga mulai Rabu ini kepada hampir 3.6 juta penerima di seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran fasa ketiga itu akan dikreditkan terus ke akaun bank dengan menggunakan maklumat akaun yang digunakan semasa pembayaran fasa kedua.

“Sejumlah RM2.85 bilion juga telah disalurkan kepada isi rumah yang diluluskan bagi bayaran fasa pertama dan kedua yang masing-masing dibuat pada Januari dan Mei lalu.

“Ini termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, secara keseluruhan, keluarga pendapatan isi rumah bawah RM2,000 menerima RM1,000 meliputi tiga fasa termasuk RM400 bagi fasa ketiga yang akan dibuat bulan ini dan RM600 untuk fasa pertama dan kedua yang telah dibayar pada Januari dan Mei lalu.

Penerima berpendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima jumlah keseluruhan RM750 bagi ketiga-tiga fasa berkenaan membabitkan bayaran RM300 (fasa pertama), RM150 (fasa kedua) dan RM300 (fasa ketiga).

Sementara itu, keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM500 meliputi tiga fasa tersebut membabitkan bayaran RM300 (fasa pertama), RM100 (fasa kedua) dan RM100 (fasa ketiga).

Kementerian Kewangan berkata, jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Tags: Bantuan Sara HidupBSHkementerian kewangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sumbat Mayat Wanita Dalam Beg Pakaian

Next Post

Malaysia Mahu Teknologi Digital Pembangunan Pelancongan

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

30/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Malaysia Mahu Teknologi Digital Pembangunan Pelancongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd