• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bermain Politik: KPN Nafi Beri Kenyataan Berat Sebelah

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan beliau tidak pernah menyebelahi atau menuding jari terhadap mana-mana pihak atau individu dalam kenyataannya berhubung situasi ketenteraman awam di negara ini.

Memperjelaskan perkara itu, Abdul Hamid menegaskan laporan media berhubung kenyataan beliau baru-baru ini yang didakwa menuding jari kepada pembangkang sebagai pihak yang bertanggungjawab mengeruhkan suasana harmoni di negara ini, tidak sekali berbunyi dan bermaksud sedemikian.

“Saya tidak langsung membuat kenyataan menyebelahi satu pihak,” katanya kepada Bernama.

Tegas Abdul Hamid, apa yang dikatakan ialah bahawasanya keadaan keselamatan negara sekarang ini tidaklah segawat mana dan masih terkawal.

“Apa yang saya lihat ialah tercetus perbalahan sesama sendiri antara parti-parti gabungan dalam kerajaan kerana masing-masing berlumba-lumba untuk menarik perhatian rakyat terhadap agenda parti masing-masing. Sementara parti-parti pembangkang pula akan terus berusaha menggugat kestabilan dan melemahkan kerajaan.

“Apa yang berlaku sekarang adalah normal apabila terjadi perubahan mengejut kerajaan,” katanya memperjelaskan kenyataan beliau sebelum ini.

Susulan salah tafsir laporan media berhubung perkara itu sebelum ini, Abdul Hamid berkata beliau telah dikritik hebat sehingga dituduh bermain politik atas isu keselamatan negara, justeru berharap pihak media berkenaan dapat membetulkan laporannya.

Abdul Hamid sebelum ini dilapor oleh sebuah akhbar tempatan telah mengeluarkan kenyataan yang menuding jari kepada pembangkang sebagai pihak bertanggungjawab mengeruhkan suasana harmoni di negara ini.

Tags: Abdul Hamid Badorbermain politikKetua Polis Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd