• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pekerja Resort Di Pulau Tenggol Dikhuatiri Hilang Di Laut

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Tiga pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol dekat sini dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki gagal tiba di pulau peranginan terbabit semalam.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa iaitu Fauzi Mohamad, 40, Muhammad Firdaus Mohd. Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd. Rahim, 22, telah bertolak dari Jeti Kuala Dungun di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mereka dijadual tiba ke Pulau Tenggol untuk mengambil pelancong pada kira-kira sejam kemudian.

“Bagaimanapun, bot yang dinaiki ketiga-tiga mereka gagal tiba mengikut masa ditetapkan selain kesemua nombor telefon pintar mereka gagal dihubungi.

“Pengurusan resort yang merupakan majikan mereka kemudiannya telah memaklumkan berhubung kehilangan tersebut kepada pihak polis pada pukul 4 petang semalam,” katanya.

Baharudin berkata, pasukan mencari dan menyelamat telah ditubuhkan melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tags: BOT HILANGkes hilangPulau Tenggol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Digesa Teruskan Pencarian Wira ATM

29/07/2019
0

1. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehilangan dua orang anggota tentera yang sedang melakukan latihan ketenteraan, Koperal David Edmund Rapi...

Ketua Jururawat Serdang Ditemui Mati Di Cyberjaya

16/05/2019
0

SERDANG - Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd