• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Gula-Gula ‘Ghost Smoke’ Ada Nikotin

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengedar dan menjual gula-gula ‘Ghost Smoke’ sekiranya bahan nikotin ditemukan dalam kandungan produk itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata ini kerana penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang dan aktiviti penjualan hanya boleh dilakukan oleh ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

“Kementerian telah memulakan kajian serta penelitian melalui sebuah jawatankuasa untuk mengenal pasti kesan memakan gula-gula ‘Ghost Smoke’ kepada kesihatan kanak-kanak dan hasil kajian itu akan diambil serius pihak kami.

“Sekiranya gula-gula ‘Ghost Smoke’ ini ada kandungan nikotin, kementerian boleh terus keluarkannya daripada pasaran dan mereka yang menjual itu juga boleh diambil tindakan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara di Bernama News Channel pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula itu yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

Menurut Dr. Lee, sekiranya pelabelan gula-gula itu menepati piawaian dan tiada bahan terlarang ditemukan, kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang penggunaan dan pengedarannya dalam pasaran. 

Bagaimanapun katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kastam boleh mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing sekiranya penjualan gula-gula itu didapati tidak mematuhi peruntukan dalam penjualan dan pengedaran.

“Kami semua masih mengkaji sama ada pelabelan dan kandungan yang dipamerkan adalah selamat ataupun sama seperti yang terkandung dalam gula-gula itu.

“Di Kementerian Kesihatan, kami cenderung untuk melarang produk ini di pasaran kerana ia mempunyai unsur galakan kanak-kanak untuk terlibat dalam tabiat merokok apabila dewasa kelak,” katanya.

Tags: ghost smokegula-gulaKKMnikotin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Boris Johnson Perdana Menteri Baharu Britain

Next Post

Najib Sindir Mat Sabu ‘Capatikan’ Janji

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Najib Sindir Mat Sabu 'Capatikan' Janji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd