• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pemansuhan Topik Mata Pelajaran Sejarah – KPM

oleh
18/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meminda atau melaksanakan semakan semula terhadap kurikulum dan buku teks mata pelajaran sejarah.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, semakan terakhir kurikulum mata pelajaran tersebut dilaksanakan secara berfasa pada tahun 2017 dan buku teks serta kurikulum terkini adalah berasaskan kepada semakan berkenaan.

Jelasnya, kohort pertama yang mempelajari mata pelajaran sejarah dan menggunakan buku teks mata pelajaran semakan terkini merupakan pelajar tingkatan satu pada tahun 2017 iaitu pelajar tingkatan empat pada tahun depan.

Katanya, semakan tahun 2017 bermula pada tahun 2012 melibatkan pakar sejarah, pensyarah universiti awam, guru-guru cemerlang sejarah dan pegawai kurikulum dalam Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah (JKPMPS) Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah.

“Tiada mana-mana bahagian yang digugur, dibuang atau dimansuhkan. Sebaliknya bahagian berkenaan telah disusun dan diatur semula agar kurikulum yang dipelajari pelajar lebih kemas dan sistematik bagi memudahkan pemahaman mereka tentang sejarah negara.

“Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sejarah disusun secara kronologi mengikut garis masa peristiwa dengan tajuk-tajuk yang diajarkan kepada pelajar adalah secara berkesinambungan daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima supaya murid dapat memahami sejarah negara dengan lebih mendalam,” katanya.

KPM mengeluarkan kenyataan itu selepas baru-baru ini terdapat isu bahawa buku teks sejarah tingkatan tiga telah dipinda dengan melibatkan pemansuhan beberapa bab berkaitan pendudukan Jepun di negara ini, ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) dan darurat.

Menurut kenyataan itu, tajuk Pendudukan Jepun di Negara Kita, Ancaman PKM dan Darurat yang dahulunya dipelajari pelajar tingkatan tiga menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) akan diajar kepada pelajar tingkatan empat pada tahun depan berdasarkan KSSM sejarah baharu.

“Justeru, KPM meminta mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan usaha menyebarkan sebarang maklumat tidak benar mengenai perkara ini,” katanya.

Tags: buku teksKPMkurikulumpakatan harapansejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Benarkah Menteri, Timbalan Menteri Terlibat Sebar Video Seks?

Next Post

Video Seks: 26 Pemimpin PKR Tegur Anwar

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post

Video Seks: 26 Pemimpin PKR Tegur Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd