• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Hingga Disember

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, berdasarkan mekanisme ‘Imbalance Cost Pass Through’ (ICPT), kos bahan api dan peningkatan kos penjanaan lain yang perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh sama berjumlah RM1.592 bilion melalui surcaj kepada pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 0.39 sen/kwj.

Bagaimanapun, katanya untuk mengurangkan beban rakyat serta pihak komersial dan industri, kerajaan mengambil pelbagai langkah dengan mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah ‘Incentive-Based-Regulation’ (IBR) berdasarkan peruntukan ‘Regulatory Implementation Guidelines’ (RIGs) dan berjaya mendapatkan jumlah penjimatan sebanyak RM336.70 juta.

“Kementerian juga mendapat kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Bee Yin menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu adakah kerajaan mengkaji semula tarif elektrik baharu berikutan pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bee Yin berkata, meskipun harga pasaran bahan api mengalami penurunan kebelakangan ini, namun penetapan ICPT bagi Julai hingga Disember ini adalah berdasarkan harga purata bahan api bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.

Beliau berkata, kementerian itu sedang merangka Akta Kecekapan dan Konservasi sebagai langkah penggunaan tenaga dengan cekap sekali gus dapat menurunkan penggunaan elektrik dan menjimatkan bil elektrik.

Katanya, satu sesi libat urus dan perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai akta tersebut.

Tags: arang batuBahan Apigastarif elektrikYeo Bee Yin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

20/06/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd