• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh
02/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah pada Selasa berbanding dolar AS berikutan jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Julai akan memihak kepada mata wang Amerika Syarikat itu, kata peniaga.

Rakan Pengurusan Vanguard Markets, Stephen Innes berkata, trend itu dijangka kekal sehingga data senarai gaji bukan ladang AS diumumkan pada Jumaat dan memegang kunci kepada mana-mana unjuran pengurangan kadar Fed.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 semasa ditutup pada Isnin.

Mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung perang perdagangan antara AS dan China, Innes berpendapat gencatan perang perdagangan mungkin bersifat sementara dan trend yang lebih membina untuk mata wang sedang pesat membangun Asia berbanding euro.

“Sebarang pengurangan kadar akan memberi impak negatif kepada ringgit.

“Pasaran juga terus cenderung kepada kedudukan bahawa AS boleh meningkatkan ketegangan perdagangan sekali lagi dan semakin lama gencatan tersebut, semakin positif ini boleh menjadi sentimen risiko,” katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8174/8222 daripada 3.8181/8234 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6712/6773 daripada 4.6816/6890.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.2342/2397 daripada 5.2279/2359 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0517/0558 daripada pada Isnin.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd