• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Lelong Resort Di Sekinchan, Dakwa Akibat Tekanan PH

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sekin Fishermen Village Hotel & Resort milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bakal dilelong pada harga RM4.5 juta pada 15 Julai ini.

Difahamkan, iklan mengenai lelongan itu dimuat naik hari ini menerusi laman Facebook yang memaparkan lelongan harta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Jamal, beliau mengambil keputusan untuk melelong resort berkenaan berikutan perniagaannya semakin merosot selepas PH mengambil alih kepimpinan pentadbiran negara.

“Selepas BN jatuh, ekonomi semakin teruk dan bisnes saya jatuh. Kerajaan PH telah menghalang agensi-agensi kerajaan dari menggunakan hotel saya,” katanya memetik laporan portal berita Malaysiakini.

Jamal berkata, beliau berasa sedih kerana terpaksa melepaskan hartanah tersebut walaupun resort berkenaan menerima pelancong dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan untuk melelong resort berkenaan merupakan perkara biasa dalam perniagaan.

Pada Disember 2016, resort berkenaan yang terletak di Jalan Pantai Redang itu mencetuskan kontroversi apabila Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita dan meruntuhkan beberapa struktur di pusat peranginan terbabit.

MDSB dalam notis perintah tutup menyatakan resort berkenaan disita dan diarahkan tutup kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen sah mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Hotel (MDSB) 2013.

Sepanjang penutupan itu, resort berkenaan dilarang menjalankan perniagaan atau beroperasi sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa, memastikan notis atau pita sitaan tidak ditanggal, dibuang atau dirosakkan serta pemiliknya perlu mengemukakan permohonan dengan mematuhi syarat permohonan lesen.

Jamal kemudian memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan Selangor serta dua pihak lain kerana menyita serta merobohkan struktur resort miliknya pada 2017.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagaimanapun membatalkan tuntutan terbabit dan menyatakan tindakan MDSB meroboh serta menyita resort yang dibina di atas tanah kerajaan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu sah. – Sinar Harian

Tags: dilelongJamal Md Yunosresort
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Korea Utara Letupkan Resort Korea Selatan

13/04/2022
0

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang yang sebelum ini menjadi simbol keamanan...

Jamal Minta Maaf Fitnah Bee Yin

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd