• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Setuju Umur 18 Tahun Berhak Mengundi

oleh
09/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju anak muda berumur 18 tahun berhak mengundi, kata Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuarat majlis presiden PH itu di sini hari ini bahawa turut dipersetujui ialah pendaftaran pengundi berumur 18 tahun secara automatik.

Mengulas lanjut perkara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata satu mesyuarat akan diadakan bersama pemimpin politik pada Rabu ini bagi memperhalusi isu tersebut termasuk memperkasakan belia.

Beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan dalam sesi Parlimen ini.

“Akhirnya kami mencapai persetujuan di mana ketiga-tiga pindaan perlembagaan dibuat mengenai Undi 18, pendaftaran pengundi secara automatik (bagi mereka yang mencapai umur 18), dan menurunkan had umur menjadi calon kepada 18,” katanya.

Syed Saddiq berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya tindakan dapat diambil.

Sementara itu, mengenai langkah China meningkatkan tahap keselamatan kapal-kapalnya yang berlayar di Selat Melaka, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata kawasan berkenaan dikawal oleh empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Semasa ditanya sama ada kementeriannya menerima sebarang risikan mengenai risiko di selat berkenaan, beliau berkata: “Kawasan itu aman, selamat dan tiada lanun.”

Tags: 18 tahunmengundipakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd