• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertabalan Agong: Dewan Negara Zahir Ucapan Tahniah

oleh
31/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.

Dewan Negara turut menzahirkan sembah tahniah kepada Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran ketika berucap mewakili ahli Dewan Negara yang lain berkata, pertabalan yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, selamat disempurnakan mengikut tradisi kesultanan Melayu pada tarikh yang amat istimewa iaitu pada hari keputeraan sebenar Seri Paduka sendiri.

“Bagi pihak dewan yang mulia ini dan ahli-ahlinya patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong. 

“Semoga tuhan yang Maha Kuasa melanjutkan usia baginda berdua serta memberi taufik dan hidayah untuk baginda berdua mencerminkan prinsip keadilan, kesaksamaan sepanjang pemerintahan lima tahun akan datang bagi memakmur dan mensejahterakan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dirgahayu Tuanku,” katanya yang mengakhiri ucapan dengan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. 

Dalam pada itu, Vigneswaran turut menyeru ahli Dewan Negara yang lain bersama-sama memberi makna kepada titah Seri Pduka yang menggariskan pentingnya usaha dalam meningkatkan tadbir urus, integriti, memerangi rasuah dan mempertahankan keluhuran perlembagaan.

Tags: Dewan NegaraIstiadat Pertabalan AgongYang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd