• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Inkues Kes Muhammad Adib Ditutup

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah memutuskan untuk menutup prosiding perbicaraan Inkues Kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan.

“Setelah meneliti keterangan sedia ada mahkamah berpuas hati, maka dengan itu mahkamah tidak akan memanggil mana-mana saksi.

“Oleh itu prosiding perbicaraan ditutup,” katanya.

Prosiding yang bermula 11 Februari lepas menyaksikan 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 41 hari perbicaraan serta 137 eksibit.

Sementara itu, mahkamah menjemput pihak-pihak berkepentingan untuk membuat hujahan yang ditetapkan pada 21 Ogos depan.

Pasukan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib dijangka akan memfailkan hujahan bertulis kepada mahkamah.

Muhammad Adib,24, ang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat. – Sinar Harian

Tags: inkuesKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

25/09/2025
0

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini mengekalkan keputusan tidak membenarkan media berada di dalam kamar mahkamah ketika saksi kanak-kanak memberi...

Inkues: Kak M Cakap ‘Kalau Aku Touch-Touch Kau Ini, Berdarah Kau Ni’ Sebab Emosi Tak Stabil – Ketua Warden

Inkues: Kak M Cakap ‘Kalau Aku Touch-Touch Kau Ini, Berdarah Kau Ni’ Sebab Emosi Tak Stabil – Ketua Warden

18/09/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, memberitahu Mahkamah Koroner di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd