• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Muda Perlu Tahu Beza Kaca Dan Permata

oleh
27/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menegaskan golongan pengundi muda harus diberi pendedahan mengaplikasikan kuasa mereka sebagai pemilih pada pilihan raya akan datang.

Katanya, golongan berusia 18 tahun yang baru diberikan hak mengundi perlu mendapat maklumat secukupnya untuk memilih kerajaan yang patut dipilih.

“Kita hendak mendidik generasi akan datang sebagai generasi yang mempunyai nilai etika dan tahu membezakan antara hak dan batil, antara kaca dan permata.

“Pada saya bukan bererti bila sudah dapat peluang untuk mengundi bermakna ia sudah berakhir tetapi proses mendidik mereka bagi membuat keputusan dan penilaian yang tepat amat penting.

“Sebab itu kita perlu mendekati mereka dengan cara seperti ini mereka akan buat keputusan berdasarkan maklumat tepat apabila sampai pada masanya,” katanya dalam sidang media pada program santai anjuran Pertubuhan Gerakan Anak Muda 18 Tahun di sini malam ini.

Tambah Najib, golongan anak muda telah menunjukkan minat yang mendalam bagi mencorak masa depan negara.

“Saya dapati mereka bersemangat mencorak masa depan negara dan keterlibatan mereka dalam proses penentuan demokrasi ini adalah amat penting.

“Disebabkan itu penting untuk kita beri mereka peluang membuat penilaian. Ia berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan bukan berdasarkan kepada janji-janji palsu ataupun pembohongan mahupun fitnah,” katanya lagi.

Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu memperoleh masing-masing sokongan 211 daripada 222 ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagi dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

Tags: 18 tahunhad umur mengundiNajib Tun Razakpengundi muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, DAP Susun Strategi Dekati Pengundi Muda

29/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Mendekati pengundi muda secara dekat, pertemuan secara langsung dan memperjuangkan isu setempat dikenal pasti antara modal yang...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd