• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Fail Permohonan Tuntut Najib Minta Maaf

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwa Raya memfailkan permohonan rasmi bagi menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf kepada mahkamah ekoran tindakan bekas Perdana Menteri itu memuat naik hantaran di laman Facebooknya berhubung isu perbelanjaan dua kad kredit lebih RM3 juta.

Melalui permohonan yang difailkan semalam itu, Pendakwa Raya memohon Mahkamah Tinggi mendengar secepat mungkin usul pihaknya supaya Najib memohon maaf terhadap penerbitan subjudis dalam Facebook miliknya pada pukul 9.30 malam, 15 Julai lalu dan 11.23 pagi, 17 Julai lalu.

Pada perbicaraan hari ke-37, Naib Presiden Kanan Kumpulan Ambank, Yeoh Eng Leong memberitahu dua kad kredit Ahli Parlimen Pekan itu telah dibelanjakan kira-kira RM3.3 juta dalam masa satu hari di butik barangan kemas De Grisogono di Itali pada 8 Ogos 2014.

Najib kemudian memuat naik posting berhubung keterangan saksi itu yang menjelaskan mengenai perbelanjaan tersebut.

Menurut afidavit tersebut, Pendakwa Raya selaku pemohon juga memohon perintah supaya Najib yang dinamakan sebagai responden dihalang daripada menerbitkan atau menyebabkan pernyataan itu diterbitkan berhubung keterangan dikemukakan saksi dalam kes perbicaraan ‘SRC International’ yang dihadapinya.

Mereka juga memohon perintah bahawa responden yang menyebabkan penerbitan yang dipersoalkan itu dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 18 Julai lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas mengemukakan permohonan secara lisan di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut Najib memohon maaf kepada mahkamah ekoran tindakan penyiaran hantaran di laman Facebooknya itu.

Hantaran berkenaan menurut Tommy adalah sebagai menjelaskan tujuan perbelanjaan dua kad kredit miliknya dengan menyatakan ia digunakan bagi membeli hadiah untuk kerabat diraja luar negara.

Bagaimanapun, pada 23 Julai lalu, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mengarahkan pihak pendakwaan mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara ini.

Tags: facebookNajib Tun RazakSRC InternationalTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd