• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Getah Sekerap Dibelasah, Telinga Hampir Putus

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Gara-gara mencuri getah sekerap milik penduduk, seorang pemuda bukan sahaja dibelasah sekumpulan penduduk malah telinganya hampir putus dipercayai dipotong dalam kejadian di Gaal di sini semalam.

Video kejadian yang tular di laman sosial sejak malam tadi itu dipercayai berlaku di sebuah kampung di Gaal di sini pada jam 5.30 petang semalam selepas penduduk berjaya menangkap pemuda terbabit.

Selain telinga kiri dipotong, suspek berusia 26 tahun itu turut mengalami kecederaan patah rahang.

Difahamkan, penduduk juga menemui guni berisi getah sekerap seberat 15 kilogram bersama suspek ketika ditangkap.

Bagaimanapun, rakan suspek dipercayai berjaya melarikan diri.

Polis yang menerima laporan mengenai penangkapan suspek itu membawanya ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Asisten Superintenden Amran Mat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

Tags: dibelasahdipotonggetah sekerapMencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat Awam Pasti Menyusut – PN

Remaja Dibelasah Bapa Mabuk Bongkar Pernah Dirogol Suspek

25/01/2024
0

REMBAU: Remaja perempuan yang ditendang dan dipukul bapanya yang mabuk sehingga menerima 12 jahitan pada kepala tengah malam kelmarin, dipercayai...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd