• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Udara Pasir Gudang: Alat Pengesan Gas Tak Sesuai?

oleh
10/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Alat pengesan gas yang dipinjamkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada 111 buah sekolah di Pasir Gudang ekoran isu pencemaran udara bukan hanya didakwa tidak sesuai tetapi ia juga satu pembaziran.

Ketua MCA Bahagian Pasir Gudang, Tan Tuan Peng berkata, ini kerana, keberkesanan alat pengesan gas yang digunakan itu hanya sesuai digunakan untuk kawasan yang tertutup dan bukan di tempat terbuka seperti sekolah.

Malah, katanya, alat pengesan yang dianggarkan berharga RM10,000 seunit itu hanya boleh mengesan satu gas pada satu masa dan mereka yang mengendalikannya juga perlu memasukkan jenis gas yang ingin dikesan.

“Mereka tidak profesional kerana memberikan peralatan yang tidak sesuai kepada sekolah terlibat, daripada diberikan alat pengesan gas adalah lebih baik JAS beri alat yang boleh menganalisis gas di mana ia boleh mengesan lebih 1,000 gas pada satu masa.

“Selain itu, mereka mendakwa alat pengesan itu boleh berfungsi selama 24 jam sedangkan masa untuk mengecas alat tersebut sahaja sudah memakan masa empat jam dan penggunaannya hanya boleh diguna pakai selama 16 jam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, daripada mereka membayar lebih RM1 juta untuk membeli 111 alat pengesan gas itu adalah lebih baik mereka membeli sebuah alat yang mampu menganalisis gas dengan lebih berkesan yang dianggarkan berharga RM50,000 hingga RM200,000 sebuah.

Tuan Peng yang sudah lebih 10 tahun terlibat dalam perniagaan peralatan perlindungan diri (PPE) berkata, alat menganalisis gas itu berfungsi menerusi pengumpulan udara yang kemudian mengasingkan molekul sebelum mengenalpasti jenis gas atau toksik dengan tepat.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah tindakan meminjamkan alat pengesan gas di 111 buah sekolah itu hanya dibuat untuk menenangkan orang ramai dan memaklumkan bahawa mereka menjalankan kerja semata-mata.

“Apa sebenarnya yang sudah berlaku, apa jenis toksik atau gas yang dikenalpasti merupakan antara pelbagai persoalan yang dibangkitkan penduduk di Pasir Gudang. Jika tiada kepakaran kerajaan perlu cuba untuk mendapatkan pandangan pihak dari luar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: alat pengesan gaspasir gudangpencemaran udara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akta Hasutan: Anwar Mahu Jumpa Mahathir

Next Post

Pembangkang Setuju Sokong Pindaan Perlembagaan

Related Posts

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

19/11/2022
0

JOHOR BAHRU : Calon Barisan Nasional (BN), Noor Azleen Ambros mendahului kiraan undi di Parlimen Pasir Gudang sehingga pukul 8.10...

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

31/10/2022
0

Masalah bekalan air yang berlanjutan selama empat hari di kawasan Pasir Gudang, Johor, bertukar menjadi isu politik apabila BN menggunakannya...

Next Post

Pembangkang Setuju Sokong Pindaan Perlembagaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd