• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Tanah Kampung Baru Diperas?

oleh
29/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memaksa pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru apabila menawarkan dua pilihan dalam menjayakan pembangunan kampung tersebut.

Dua pilihan itu didakwa dikemukakan dalam notis Townhall yang akan dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada 21 September ini di Dewan Felda.

Pilihan tersebut adalah pembelian tanah secara sukarela atau kerajaan mengguna kaedah undang-undang atau kedua-dua sekali.

Notis pemberitahuan dua helai itu yang ditandatangani Setiausaha PPTWT.KB, Zainudin Ismail itu menyatakan pemilik tanah dan waris bebas untuk membuat pilihan dan keputusan masing-masing.

Namun kedua-dua iaitu Pilihan 1 dan Pilihan 2 membawa impak yang sama beratnya ibarat “Mentimun dan Durian”. Ia tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pemilik tanah.

Antaranya;
i) Pemilik tanah akan hilang haknya ke atas tanah.
ii) Tanah warisan usia lebih 100 tahun ini akan hilang buat selama-lamanya.
iii) Pemilik perlu membayar cukai jualan tanah dipotong dari jumlah wang diterima.
iv) Pemilik tanah akan dibayar wang berjuta ringgit dari hasil jualan tanah. Namun wang ini perlu dibahagi-bahagikan kepada 50 ke 100 orang pewaris yang berhak. Jumlah wang jadi kecil ini tidak dapat beli rumah mampu milik sekali pun.
v) Wang tidak dapat bertahan lama akan dibelanjakan untuk keperluan semasa.
Akibatnya wang habis kita jatuh miskin, tiada tanah dan tiada tempat tinggal.
vi) Kesan jangka panjang; Kampong Bharu akan terlepas kepada orang luar. Anak cucu akan merempat di kampung sendiri terpaksa sewa bangunan siap dibina.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Nizham Abdullah Hamidi berkata, notis itu menunjukkan PH langsung memperjuangkan nasib rakyat terutamanya Melayu bandar kerana tidak memberi pilihan yang selaras dengan objektif yang telah digariskan oleh Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020).

Menurutnya, ini adalah satu contoh pemerasan kerajaan terhadap rakyat terutamanya rakyat Melayu di Kampung Baru yang seolah-olah hendak dihalau keluar terus daripada tanah yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Jelas beliau, kerajaan perlu kembali kepada objektif yang telah digariskan oleh PSKL2020 iaitu bagi tujuan melibatkan KRM, kampung-kampung tradisional dan kampung-kampung baru dalam arus pembangunan Bandaraya supaya dapat mewujudkan struktur bandar yang efisien dan saksama serta imej yang konsisten dengan wawasan Kuala Lumpur sebagai sebuah Bandaraya Bertaraf Dunia.

Mohd Nizham berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mahu mengingatkan Menteri Wilayah Persekutuan bahawa sebarang rundingan terhadap pemilik dan waris tanah Kampung Baru perlulah dilaksanakan berasaskan objektif-objektif yang telah digariskan oleh PSKL2020 dan bukan bersifat memaksa termasuklah dengan menggunakan kaedah undang-undang untuk menghalalkan cara.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat kampung baru mencapai objektif yang telah digariskan dan bukan menolak mereka keluar dari Kawasan kampung baru demi mencapai matlamat menjadikan tanah Kampung Baru sebagai “lombong emas” bagi mereka yang mempunyai kepentingan,” tegas beliau.

Menurutnya, isu tanah kampung baru ini amat unik dan sensitif memerlukan proses konsultansi yang berterusan.

Sebarang perancangan haruslah melibatkan penduduk Kampung Baru sebagai pihak berkepentingan paling utama.

“Wang ringgit tidak akan berkekalan maka penduduk Kampung Baru perlukan sesuatu yang bersifat jangka panjang demi kelangsungan hidup mereka,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: Kampung Barupakatan harapanPeras Ugut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

09/08/2024
0

Kuala Lumpur : Dua anggota polis ditahan selepas disyaki memeras ugut penghantar makanan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd