• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sudah Pilih BN, Apa Lagi PH Mahu?

oleh
16/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata PAS sudah membuat pilihan untuk bekerjasama dengan UMNO dan perkara itu dianggap sudah selesai.

Malah Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu berkata, satu kerjasama konkrit akan dimeterai kedua-dua parti pada penghujung bulan ini.

“Kita dah ada kerjasama yang konkrit dengan PAS dan kita dalam proses untuk memeterai piagam dengan PAS dan saya tengok sampai ke peringkat bahagian, cawangan pun dah ada aktiviti.

“Kalau dah ada ini, macamana nak sertai dengan orang lain. Jadi kena buat pilihan dan dari segi UMNO, kita sudah buat pilihan. Pilihan kita PAS. Saya percaya PAS pun sudah buat pilihan iaitu UMNO,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bekas Pengerusi BN itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berkata Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka sekiranya PAS ingin menyertai gabungan itu demi penyatuan Islam dalam negara ini.

Pelawaan Mukhriz itu turut ditolak bulat-bulat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu sudah hilang selera untuk melakukan tahaluf siyasi dengan PH. – MalaysiaGazette

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd