• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahamin Sasar 18 Bulan Pulihkan Malaysia Airlines

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan enam usahawan yang diketuai bekas Pengerusi AirAsia Bhd., Datuk Pahamin Ab Rajab, menyasar tempoh 18 bulan untuk pihaknya membantu kerajaan memulihkan Malaysia Airlines Bhd. (Malaysia Airlines).

Sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, tempoh 18 bulan itu diletakkan sendiri pihak itu kerana berasakan ia tempoh waktu yang sesuai dan tidak mahu mengambil masa lama untuk pemulihan.

“Tempoh itu adalah janji kumpulan itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pertemuan baru-baru ini. Jika meletakkan sasaran 12 bulan, ia terlalu singkat ,manakala 24 bulan pula terlalu lama.

“Kumpulan itu perlu letakkan sasaran yang jelas dan holistik. Ia tidak mahu semua pihak tertunggu-tunggu Malaysia Airlines dipulihkan dan pendapatan syarikat penerbangan itu meningkat.

“Strategi yang akan dilaksanakan terlebih dahulu adalah meningkatkan pembabitan pekerja, beri mereka keyakinan dan semangat, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada syarikat dan pemegang saham.

“Produktiviti meningkat, lebih mudah untuk syarikat mencapai sasaran. Lantaran itu tempoh 18 bulan diletakkan bagi meningkatkan kembali keyakinan pekerja, pemegang saham dan rakyat,” katanya.

Sumber itu juga berkata, pihaknya turut meminta tempoh 90 hari bagi mengkaji serta meneliti masalah sebenar merangkumi soal kewangan, teknikal, operasi dan aset dalam Malaysia Airlines.

Namun begitu katanya, tempoh kajian itu juga bergantung kepada kerajaan dan pihaknya sedia menerima jika kerajaan meletakkan tempoh yang kurang atau lebih.

Selepas itu katanya, kumpulan usahawan itu akan mengemukakan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka dalam pemulihan berdasarkan permasalahan yang dihadapi Malaysia Airlines.

Mengenai masalah utama yang bakal dihadapi pihaknya kelak jika pengambilalihan itu terlaksana, sumber berkata, isu utama dalam Malaysia Airlines ketika ini adalah krisis kepemimpinan.

“Krisis kepemimpinan masalah utama Malaysia Airlines ketika ini yang sekali gus menjejaskan produktiviti pekerja. Perkara ini tidak sukar untuk dipulihkan kerana berdasarkan kepemimpinan Pahamin, saya percaya ia dapat diselesaikan.

“Kakitangan perlu diletakkan pada kedudukan yang wajar dan bila pekerja selesa dan gembira, ia akan menyeimbangkan lagi operasi Malaysia Airlines.

“Malah turut diperkatakan dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri baru-baru ini, mereka menjanjikan tiada pembuangan pekerja Malaysia Airlines. Perkara itu tidak akan berlaku,” katanya. – BH Online

Tags: MABMalaysia AirlinesPahamin Ab Rajab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd