• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Islam Lemah Ikut Ajaran Islam Salah – Mahathir

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council) di sini, hari ini.

Beliau berkata, banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik.

“Hari ini kita lihat ada banyak orang jahil, tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran.

“Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam dan kita mendakwa ia untuk kepentingan Islam, tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran,” kata beliau.

Beliau berkata, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.

“Sebaliknya orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu orang Islam, yang asalnya ditemui para saintis Islam dan mereka mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu berkenaan sedangkan orang Islam mengabaikannya kerana menganggapnya tidak penting,” kata beliau.

Tags: ajaran islamMahathir Mohamadnegara islamTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

Sweden Mahu Kukuhkan Hubungan Dengan Negara Islam

06/08/2023
0

LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam, kata Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom, ketika Stockholm berdepan kritikan atas insiden...

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd