• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Nafi Dakwaan Kononnya Perlis Solat Sembah Bulan

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan.

Beliau berkata, solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah SWT.

“Solat sunat gerhana bulan dan matahari telah sekian lama dilakukan oleh umat Islam sebagai ikutan sunnah Nabi Muhammad.

“Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam daripada membuat tuduhan tidak menentu sedangkan solat sunat yang dibuat semasa berlaku gerhana bulan pada pukul 4.01 pagi 17 Julai lalu adalah untuk mengajak rakyat Perlis beramai-ramai solat sunat gerhana,” tegasnya dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Perlis menganjurkan solat itu secara serentak di 15 masjid di seluruh negeri diikuti bacaan khutbah khas mengenai gerhana bulan oleh imam-imam jemputan.

Asri berkata, tohmahan sedemikian pernah dilemparkan oleh mereka yang memperlekehkan Pejabat Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) ketika menganjurkan solat jemaah beramai-ramai minta diturunkan hujan beberapa tahun lalu.

Program itu diadakan di pekarangan Istana Arau tetapi ada pihak yang tidak faham bertanya kenapa solat dilakukan di atas padang sedangkan di Perlis terdapat banyak masjid.

Tags: Mohd Asri Zainul AbidinMufti Perlissolat sunat gerhana bulan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd