• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mee Tomoi Tak Mengaku Salah Bakar Kereta Mufti Perlis

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang penjual pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Mee, 49, atau lebih dikenali Mee Tomoi bersama seorang lagi tertuduh yang sudah didakwa, secara bersama membakar kereta Honda Accord berwarna hitam milik kerajaan negeri dengan niat menyebabkan kerosakan di Jalan Persiaran Wawasan, di sini, pada jam 5 pagi.

Ahmad membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca dengan Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 14 tahun dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGM), Nor Diyana Ab Shukor.

Mohd. Izham kemudian meminta mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, Nor Diyana memohon jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh hanya memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan, selain perlu menanggung isteri dan ibunya yang lumpuh.

Ainul Shahrin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 5 Ogos depan. 

Tags: bakar keretaMohd Asri Zainul AbidinMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd