• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Integriti Kit Siang Selepas Membisu Isu Forex – Najib

oleh
03/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dakwaan Lim Kit Siang mengenai integriti dirinya, mengatakan pemimpin DAP itu berdiam diri selepas kerajaan tidak akan mengambil tindakan lanjut ke atas dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal forex 1990-an.

Bekas perdana menteri itu berkata Kit Siang selama bertahun-tahun menuduh ada skandal di sebalik kerugian RM31.5 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing pada 1992 hingga 1994.

“‘No Further Action’ tanpa sesiapa perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan dana ini,” katanya di Facebook.

“Satu sen pun tak dapat kembali. Satu sen aset pun tak ditinggalkan. Kit Siang pula membisu seribu bahasa. Buat-buat tak nampak.”

Najib kemudian memuatnaik gambar buku bertajuk “The Bank Negara RM30 Bilion Forex Losses Scandal” berserta nama Kit Siang, mengatakan pemimpin DAP itu pernah menulis dan menjual buku mengenai peristiwa itu.

Beliau berkata jika Kit Siang mendakwa dirinya ada integriti, adakah dia akan meminta maaf kepada pembaca bukunya, atau mengaku sudah terlupa mengenainya.

“Bertahun-tahun Kit Siang tuduh ada skandal dan mendesak RCI dijalankan. Sekarang hasil RCI dah ada. Bukan sebarang siasatan tapi yang menyeluruh, telus dan terbuka, di mana prosiding setiap hari dilaporkan dengan meluas.

“Tapi kerajaan Pakatan Harapan tak teruskan tindakan ke atas keputusan RCI itu,” katanya.

Dalam laporan setebal 400 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 November 2017, RCI berkata bekas penasihat BNM, Nor Mohamed Yakcop bertanggungjawab atas kerugian itu.

Ia juga berkata urusan forex berlebihan atau spekulasi boleh dihentikan lebih awal dan kerugian ditanggung akan berkurangan atau terkawal, jika Daim Zainuddin, menteri kewangan dari 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991, lebih bertanggungjawab dan menjalankan penyeliaan lebih teliti.

RCI turut mengesyorkan polis menyiasat Dr. Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu, Anwar Ibrahim, yang menggalas portfolio kewangan selepas Daim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Awal hari ini, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan bertanggungjawab untuk melaksanakan syor-syor RCI. – FMT

Tags: Lim Kit SiangMahathir MohamadNajib Tun RazakRCIskandal forex
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Belum Terima Tawaran Maju Ambil Alih PLUS

Next Post

UMNO Umum 5 Ahli Majlis Tertinggi Baharu

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

12/06/2024
1

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding...

Next Post

UMNO Umum 5 Ahli Majlis Tertinggi Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd