• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Gugur Tuntutan Batu Puteh Tanpa Rujukan – Apandi

oleh
03/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan menarik balik tuntutan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi penghakiman yang memberi kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura pada 2008 tanpa membuat rujukan, kata bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali dalam komen yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.

Apandi berkata keputusan itu dibuat semasa beliau diarahkan bercuti, beberapa hari selepas perubahan kerajaan pada 9 Mei.

“Semasa saya berada dalam cuti Tun Mahathir buat keputusan untuk tarik balik kes rujukan di ICJ itu tanpa rujukan kepada saya atau pun Kabinet. Pada masa itu semua pasukan peguam, termasuk beberapa orang QC bersiap sedia untuk berhujah di The Hague,” kata Apandi.

Beliau memberi maklum balas kepada komen Najib di Facebook yang menuduh Pakatan Harapan tidak konsisten dalam pendiriannya ke atas Pedra Branca, yang mana Malaysia merujuknya sebagai Pulau Batu Puteh.

Kurang 3 minggu selepas pilihan raya umum ke-14, ICJ berkata Malaysia dalam surat bertarikh 28 Mei memberitahu ia bersetuju menghentikan prosiding mencabar keputusannya ke atas pulau kecil di luar Johor itu.

Akibatnya, pendengaran yang dijadualkan bermula pada 11 Jun dibatalkan.

Malaysia mengemukakan cabaran pada 2017, berdasarkan apa yang dikatakannya adalah dokumen baru yang ditemui dalam arkib British untuk menyokong tuntutannya ke atas Pedra Branca.

Dalam keputusan pada 2008, ICJ menyerahkan pulau berukuran separuh padang bola sepak itu kepada Singapura.

Semalam, Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya memberitahu Dewan Rakyat bahawa Putrajaya akan mengemukakan semakan kehakiman berhubung kedaulatan Batu Puteh dan 2 pulau lain – Batuan Tengah dan Tubir Selatan – di ICJ.

Mahkamah memutuskan kedaulatan Tubir Selatan akan ditentukan kedua-dua negara dalam rundingan berhubung sempadan perairan masing-masing.

Apandi berkata keputusan penarikan kes itu bermakna Malaysia “kehilangan kedaulatannya ke Pulau Batu Putih selama-lamanya”.

“Sungguh sedih sekali. Apakan daya itu keputusan orang yang berkuasa,” tulisnya.

Apandi diarahkan bercuti hanya beberapa hari selepas PRU14 apabila kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan penyiasatan terhadap pegawai awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Najib.

Pada Jun 2018, beliau digantikan oleh Tommy Thomas. – FMT

Tags: Mahathir MohamadMohamed apandi aliPedra Brancapulau batu puteh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LHDN Nafi Serbu Pembayar Cukai Ala ‘Gangster’

Next Post

Kisah Tok Guru Nik Aziz Bakal Diterbitkan

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

Kisah Tok Guru Nik Aziz Bakal Diterbitkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd